Isnin, 6 Ogos 2018

HOBI - CROCHET (KAIT JARUM 1)

CROCHET @ KRUSYE @KAIT JARUM 1

Saya mula belajar mengait jarum 1 ketika saya bersekolah menengah. Ketika itu saya terlihat kawan sebilik saya di asrama sedang mengait kopiah untuk adiknya. Saya pun menyatakan hasrat saya untuk belajar mengait kopiah daripadanya. Dia setuju dengan syarat saya hendaklah membeli jarum kait dan benang terlebih dahulu, supaya mudah untuknya mengajar. Selain saya ada beberapa rakan sebilik lain yang turut berminat untuk belajar. 

Ketika ‘OUTING’ hujung minggu kami pun keluar ke bandar mencari kedai yang menjual peralatan mengait. Semua saiz jarum yang saya dan rakan-rakan lain beli semuanya adalah atas cadangan rakan saya yang pandai mengait tadi. Balik sahaja ke asrama kami mula belajar, dengan minat yang mendalam serta bakat terpendam yang ada dalam diri saya, maka berjaya juga saya menyiapkan kopiah untuk adik saya. Apabila dah pandai, saya mula membeli pelbagai jenis warna benang untuk mengait kopiah

Adik saya memang beruntung ketika itu, kerana mempunyai kopiah dari pelbagai jenis warna, apatah lagi hanya dia seorang adik lelaki yang saya ada. 

Bermula dengan kopiah, seterusnya alas meja dan pelbagai lagi paten yang lain. Walaupun mummy saya pandai mengait, namun beliau tak pernah mengajar saya, mungkin pada masa itu beliau tak yakin yang saya boleh mengait dan belajar dari beliau sendiri.



Saya masih lagi mengait sehingga sekarang, kadang-kadang mengambil tempahan sarung botol dan kopiah. saya akan memaklumkan para pelanggan agar bersabar apabila menempah dengan saya, kerana saya bukanlah 'crocheter' sepenuh masa, kerana saya bekerja.

Di sini saya kongsikan beberapa paten daripada laman sesawang 'crocheter' luar negara.  




CLICK HERE FOR PATTERN





akan datang saya akan kongsikan pula hasil kerja kait saya sendiri.

terima kasih, sudi singgah ;-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIHAT DAN CANTIK

 Assalamualaikum warganet yang dihormat i sekalian. Sudah lama tak 'update' apa-apa dalam blog ni, dh berhabuk dah.hehe Kali ni saya...